LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 28, 2010

Filem Ombak Rindu.

Dalam post yang sebelum nih AA ada bercerita pasal novel OMBAK RINDU yang nak difilemkan.
Dan sekarang nih, novel popular nih telah pun difilemkan.
Seperti yang semua sedia maklum hero untuk filem nih adalah Aaron Aziz dan heroinnya, Maya Karin.
Walaupun sebelum nih macam susah je nak terima Maya Karin berlakon watak gadis remaja yang polos dan suci, nampaknya sekarang nih AA dah mula menerima Maya Karin sebagai Izzah.
Malahan AA tak sabar nak tengok filem nih keluar.

Ini AA bekalkan gambar-gambar dalam filem.
Sebelum tuh nak bagi credit dekat Rhyno Cari Forum.
Usaha anda amatlah dihargai.
Lepas nih post lah gambar banyak-banyak lagi ye.
Heheee...

Sinopsis:
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?

Kita hangat-hangatkan minda sebelum filem nih ditayangkan.
Lama lagi kot nak tayang sebab tengah shooting.
Sabar je lah ye...
Bonus lagi satu gambar.


*Selain ombak rindu AA suka novel Duri karya Fauziah Ashaari.

No comments: